PDPA Act Notice

GENERAL NOTICE
NOTIS AM

PERSONAL DATA PROTECTION NOTICE
NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI



1.0 Purpose of Notice

This Notice is issued as part of Securities Commission Malaysia's (SC) commitment to comply with the provisions of the Personal Data Protection Act 2010.

Tujuan Notis
Notis ini adalah sebahagian daripada komitmen Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk mematuhi peruntukan-peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.


2.0 Provision of Personal Data to SC

You are required, in relation to your application for scholarship, internship, capital market placement, employment and/or eventual engagement with the SC (as the case may be), to provide SC with certain personal data and information belonging to you, your family members, your referee(s), guarantor(s) and any other relevant person(s).
Examples of personal data include name, NRIC number, address, telephone number, e-mail address, age, gender, occupation, photographs or images etc. Personal data may also include sensitive personal information relating to religious beliefs, health condition, political opinion and criminal conviction (if any).

Pemberian Data Peribadi kepada SC

Untuk permohonan biasiswa, program latihan, penempatan pasaran modal, pekerjaan dan/atau pengambilan selanjutnya oleh SC (mengikut mana-mana yang berkenaan), anda dikehendaki untuk memberikan data peribadi dan maklumat-maklumat tertentu berkaitan diri anda, ahli keluarga anda, referi anda, penjamin dan mana-mana pihak lain yang berkenaan kepada SC.
Contoh-contoh data peribadi termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, umur, jantina, pekerjaan, foto atau imej dan sebagainya. Data peribadi juga termasuk data peribadi sensitif seperti kepercayaan agama, keadaan kesihatan, pendapat politik dan sabitan jenayah (jika ada).


3.0 Purpose of Use

Personal data and information that you provide will be used for the following purpose:
- evaluation, assessment and background checks;
- any purpose relating to scholarship, internship, capital market placement or employment (as the case may be);
- as part of SC's record; and
- any other purpose directly related to any of the above.
Personal data and information referred above may be extended to SC's agents, subcontractors, other regulatory authorities and government agencies (such as the Inland Revenue Board, Employees Provident Fund and the Social Security Organisation) for the said purposes.

Tujuan Penggunaan

Data peribadi dan maklumat yang anda berikan akan digunakan untuk tujuan berikut:
- penilaian, penaksiran dan pemeriksaan latar belakang;
- sebarang tujuan berkaitan dengan biasiswa, program latihan atau pekerjaan (mengikut mana-mana yang berkenaan);
- sebagai sebahagian daripada rekod SC; dan
- sebarang tujuan yang berhubungan secara langsung dengan mana-mana tujuan yang dinyatakan di atas.
Data peribadi dan maklumat yang dinyatakan di atas boleh diberikan kepada ejen SC, subkontraktor, pihak berkuasa kawal selia dan agensi-agensi kerajaan (seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ) untuk tujuan-tujuan berkenaan.


4.0 Limitation of Use

Personal data and information provided by you will not be processed for any other purpose contrary to what is set out in Paragraph 3.0 above.
The SC will not disclose personal data and information obtained to any other third party apart from those set out in Paragraph 3.0 without your consent.

Had Penggunaan

Data peribadi dan maklumat yang anda berikan tidak akan diproses untuk sebarang tujuan lain yang bertentangan dengan tujuan yang telah dinyatakan dalam Perenggan 3.0 di atas.
SC tidak akan menzahirkan data peribadi dan maklumat yang diterima kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran anda selain daripada mereka yang dinyatakan dalam Perenggan 3.0 di atas.


5.0 Your Rights

Please note that while you are not obliged to provide personal data and information as requested, failure to do so will naturally impair your application, evaluation, selection process or employment (as the case may be).
You are entitled to request for a copy of any personal data and information provided and may correct any error or inaccuracy and provide further detail where such information is incomplete.
You may also be required, from time to time and where applicable, to update the personal data and information provided, to ensure that such information remains correct, complete and accurate.

Hak Anda

Sila ambil maklum bahawa walaupun anda tidak diwajibkan untuk memberi data peribadi dan maklumat seperti yang diminta, kegagalan berbuat demikian akan menjejaskan permohonan, penilaian, proses pemilihan atau pekerjaan anda (mengikut mana-mana yang berkenaan).
Anda berhak untuk meminta mana-mana salinan data peribadi dan maklumat yang telah anda berikan dan berhak untuk membetulkan sebarang kesilapan atau ketidaktepatan serta memberi butiran yang lebih terperinci sekiranya maklumat tersebut tidak lengkap.
Anda juga mungkin dikehendaki, dari masa ke semasa dan jika berkenaan, untuk mengemas kini data peribadi dan maklumat yang diberikan untuk memastikan maklumat tersebut adalah betul, lengkap dan tepat.


6.0 Access and Inquiries

Please do not hesitate to contact the SC at the following address or telephone number for any request for access, inquiry or complaint in relation to this notice or your personal data and information:
Address :Human Capital Management Department
Securities Commission Malaysia
3, Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur
Tel No : 03-62048000

Akses dan Pertanyaan

Sila hubungi SC di nombor telefon atau alamat berikut sekiranya anda mempunyai sebarang permintaan untuk akses, pertanyaan atau aduan berkenaan notis ini atau data peribadi dan maklumat anda:
Alamat :Jabatan Pembangunan Modal Insan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
3, Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur
No Tel :03-62048000


7.0 Consent

By ticking the box below, you agree that-
(a) you have read and understood the terms and conditions contained in this Personal Data Protection Notice; and
(b) you have consented to the provision, processing and disclosure of all personal data and information as set out in the relevant form(s) relating to your application for scholarship, internship, capital market placement or employment (as the case may be).

Persetujuan
Dengan menandai kotak di bawah, anda bersetuju bahawa-
(a) anda telah membaca dan memahami terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam notis Perlindungan Data Peribadi ini; dan
(b) anda telah bersetuju di atas pemberian, pemprosesan dan penzahiran semua data peribadi dan maklumat yang dinyatakan dalam borang-borang berkenaan yang berkaitan tentang permohonan biasiswa, program latihan, pekerjaan dan/atau pengambilan selanjutnya oleh SC (mengikut mana-mana yang berkenaan).